Ahad, 16 September 2012

PENGAKAP SKMB MENYERTAI CABARAN MERDEKA HIKE & PROGRAM CLEAN UP THE WORLD 2012

Cabaran ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.Seramai 1400 orang murid telah mengambil bahagian manakala selebihnya menjadi urus setia program.Ramai guru-guru pengakap dan juga Pesuruhjaya Pengakap yang menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program ini.
Murid-murid SKMB telah diiringi 4 orang guru penasihat pengakap iaitu En.Mohamad Hassan,Pn Zamzulaila Omar, Pn. Tengku Azizah Ku Ismail  dan Pn. Shakiroh bt Ahmad.Seramai 22 orang murid pengakap telah mengambil bahagian.
Berikut adalah tentatif program :

7:30 - 8:00am        : Pendaftaran / Lapor Diri
8:00 - 8:15 am       : Ucapan
8:15 - 9:00   am     : MERDEKA HIKE 2012
8:30 - 11:30 am     : Aktiviti Clean Up The World 2012
                             1. Pameran Kitar semula dan aktiviti melukis beg Kitar semula
                             2. Pertandingan konsep Pemeliharaan Alam Sekitar
                             3. Pertandingan Melukis Poster bertema Clean Up The World    10-12 thn.
                             4. Pertandingan Merekacipta Barangan kitar semula.                    12 -19thn
                             5. Membersihkan kawasan Empangan Mengkuang

12:00 - 12:30       : Majlis Penutup oleh YB Tuan Phee Boon Poh ADUN  Sg. Puyu.

Di bawah adalah gambar yang sempat dirakam :



beratur bas dah sampai...



cikgu azizah sempat meninjau kehadiran murid.....




bergerak menuju ke khemah pendaftaran




cikgu Shakiroh memerhati murid-murid bersarapan sebelum aktiviti dimulakan.



indahnya panorama pagi di Empangan Mengkuang...subhanallah.



 menunggu waktu pelepasan larian..





dari jauh ...kelihatan murid sedang berlari merentasi empangan mengkuang..







tak sabar nak cakap.....cikgu saya dapat nombor 6....



hujan pagi mula mencurah...




penat berlari......



aksi kreatif bila hujan mencurah....



cikgu Mohamad memerhatikan gelagat murid...


bila panas...kotak dah jadi tempat berteduh... sambil main "game".






letihh....


menunggu nama pemenang diumumkan...






antara pemimpin pengakap Pulau Pinang yang hadir 






nurul asyiqin  menerima piala ....


nurul aina bt abu bakar


nuryaqireen adni bt maszahar menerima piala daripada pesuruhjaya bukit mertajam


Tempaat pertama Runner Up ...Mohd Syafik Mansor menerima trofi daripada Guru Besar









Pengakap SKMB telah berjaya merangkul tempat pertama bagi larian kategori murid  lelaki ,tempat ke enam,  ke lapan dan ke empat belas bagi  kategori murid perempuan daripada 1400 pelari yang terpantas.Tahniah diucapkan...

Khamis, 26 Julai 2012

Majlis Perasmian Ahlan Ya Ramadhan

Majlis perasmian sambutan Ihya Ramadhan telah diadakan pada 20 Julai 2012 di Dewan SKMB.Acara bermula pada pukul 7.40 pagi di dewan sekolah.Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh Ustaz Zailan. Pn. Suraya Mokhtar selaku ketua panitia Pendidikan Islam telah menyampaikan ucapan. Seterusnya agenda diteruskan lagi dengan bacaan Asma' ul Husna oleh semua murid-murid Tahap 1 dan 2.Bacaan Al Quran telah diperdengarkan oleh adik Muhammad Irfan b. Mohd Kamal (5 Bestari).Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pn. Guru Besar.Berikut adalah photo yang sempat dirakam oleh lensa GPM.


juruacara majlis ustaz Malik sedang membacakan pantun pembuka majlis




Nyanyian asma' ul husna




bacaan ayat suci daripada adik Irfan b. Ahmad Kamal



ucapan Pn. Guru Besar - Pn. Miskiah bt Hj. Abd Aziz




lakonan dalam Bahasa Arab oleh adik Farizwan dan Irwan...



perasmian majlis dengan paluan gong sebanyak 3x oleh GB




memotong riben  banner  pelancaran sambutan Ihya Ramadhan



Nyanyian nasyid ahlan ya ramadhan  oleh murid 4 Bestari








Plan B  -   bagi murid yang tidak menghafal lirik....hihihi




murid diawasi oleh  guru kelas masing-masing



antara temuramah yang telah divideokan tentang pemahaman murid
 tentang ibadah puasa di bulan Ramadhan







cenderahati kepada Ustaz Faiz dan Ustaz Zailan ...tamatnya praktikal di SKMB



semua murid-murid bersalam dengan ustaz Zailan dan Ustaz Faiz....


Rabu, 25 Julai 2012

Hari Keusahawanan 2012

Hari Keusahawanan 2012 telah diadakan pada 28 /04/2012 di tapak letak kereta skmb.Sambutan yang diterima amat menggalakkan.Kehadiran komuniti setempat dari kawasan kampung persekitaran telah menceriakan lagi suasana hari keusahawanan pada kali ini.Berikut adalah photo yang sempat dirakamkan oleh GPM sekolah.

Pn. Miskiah bt Hj Abd Aziz (Guru Besar) , YDP PIBG  dan pasukan kompang mengiringi wakil kepada Dato' Musa.  



membeli aiskrim


gerai aiskrim ----sambutan yang menggalakkan


pameran buku-buku









nasihat percuma ....



Pertandingan pakaian beragam murid Tahap 1