Khamis, 26 Julai 2012

Majlis Perasmian Ahlan Ya Ramadhan

Majlis perasmian sambutan Ihya Ramadhan telah diadakan pada 20 Julai 2012 di Dewan SKMB.Acara bermula pada pukul 7.40 pagi di dewan sekolah.Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh Ustaz Zailan. Pn. Suraya Mokhtar selaku ketua panitia Pendidikan Islam telah menyampaikan ucapan. Seterusnya agenda diteruskan lagi dengan bacaan Asma' ul Husna oleh semua murid-murid Tahap 1 dan 2.Bacaan Al Quran telah diperdengarkan oleh adik Muhammad Irfan b. Mohd Kamal (5 Bestari).Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pn. Guru Besar.Berikut adalah photo yang sempat dirakam oleh lensa GPM.


juruacara majlis ustaz Malik sedang membacakan pantun pembuka majlis




Nyanyian asma' ul husna




bacaan ayat suci daripada adik Irfan b. Ahmad Kamal



ucapan Pn. Guru Besar - Pn. Miskiah bt Hj. Abd Aziz




lakonan dalam Bahasa Arab oleh adik Farizwan dan Irwan...



perasmian majlis dengan paluan gong sebanyak 3x oleh GB




memotong riben  banner  pelancaran sambutan Ihya Ramadhan



Nyanyian nasyid ahlan ya ramadhan  oleh murid 4 Bestari








Plan B  -   bagi murid yang tidak menghafal lirik....hihihi




murid diawasi oleh  guru kelas masing-masing



antara temuramah yang telah divideokan tentang pemahaman murid
 tentang ibadah puasa di bulan Ramadhan







cenderahati kepada Ustaz Faiz dan Ustaz Zailan ...tamatnya praktikal di SKMB



semua murid-murid bersalam dengan ustaz Zailan dan Ustaz Faiz....


Tiada ulasan: