Khamis, 10 Mei 2012

KAD UCAPAN DAN CENDERAHATI

PSS SKMB telah menawarkan perkhidmatan tempahan dan penjualan kad ucapan sempena hari guru.Kesemua kad ucapan yang dihasilkan adalah bersifat eksklusif  kerana setiap kad yang dihasilkan adalah berlainan konsep dan idea.Penjualan pada hari pertama amatlah menggalakkan kerana dalam masa 5 minit kad telahpun habis dijual.Jumlah keseluruhan kad yang berjaya dijual ialah sebanyak 20 kad.

Oleh itu GPM telah menerima 20 tempahan kad dengan permintaan yang pelbagai warna.Selain itu, PSS SKMB juga menyediakan cenderahati sempena hari guru.Kesemua cenderahati sebanyak 96 items telah habis dijual.Sambutan yang menggalakkan ini diucapkan jutaan terima kasih.

kad ucapan


cenderahati


kelas 5 Bestari di waktu rehat  bergegas ke PSS...

Sabtu, 5 Mei 2012

Program Khidmat Bantu PSS bersama BTPNPP dan PKG

Program Khidmat Bantu PSS bersama BTPNPP dan PKG telah diadakan pada 19 hingga 21 Mac 2012.
Di antara pegawai BTPN Pulau Pinang yang memberikan kerjaasama ialah 

1. Pn. Hindon bt Ahmad
2. En. Osman b. Ahmad
3. En. Saadan b. Hassan

 manakala pegawai lain yang turut membantu ialah 

4. En. Muhd Zaim b. Adam -PKG Sg bakap
5. En. Muhd Redza b. Tajuddin - PKG Butterworth
6. En. Roshidi b. Mat - PKG Alma
7. En. Abd Rahman b. Hassan - PKG Gelugor
8. En. Rosli b. Hashim - PKG Bukit Mertajam

sementara guru-guru SKMB yang terlibat pula ialah 

9.    Pn. Zamzulaila Omar - GPM SKMB
10.  Pn. Suraya bt Mat Isa
11. Pn. Husna bt Ahmad Ahpiputdin
12. Pn. Mashitah

Banyak input-input yang positif telah diberikan oleh pihak BTPNPP dan PKG.Selain itu bilik PSS SKMB juga semakin ceria dan kondusif.Antaranya mengubah kedudukan rak buku mengikut sistem Pengelasan Dewey serta menceriakan lagi dari sudut fizikal PSS.
Berikut adalah gambar yang sempat dirakam.


Guru Besar Pn. Miskiah sedang memberikan taklimat .



En. Saadan sedang mengalihkan rak buku.



buku-buku masih berselerak..



berehat seketika...



En. Rosli sedang membersihkan papan putih.....



bertungkus-lumus......



papan kenyataan yang masih kosong.



ustazah suraya dan ustazah husna sedang menceriakan sudut majalah dan akhbar.



En. Rosli sedang membersihkan sudut bercerita.











menceriakan bilik PSS. Ustazah Mashitah sedang menggunting kertas.Manakala Pn. Hendon sedang melihat label rak buku.






sedang khusyuk menggunting kertas...



PSS SETELAH SIAP    DAN     TELAH BEROPERASI 












Bilik Tayangan



ruangan membaca murid





sudut rujukan guru



rak yang masih belum penuh dengan buku



sudut pinjaman pukal



sudut mencari maklumat




sudut bahasa



aktiviti nilam...yang rajin menolong... 








mencari buku untuk nilam



si kembar upin dan ipin sedang membuat nilam



murid-murid 3 Bijak sempat lagi bergambar



beratur untuk pinjaman buku



rak 300..........rak agama...berebut nak tengok buku baru..

PSS lama berubah lokasi

PSS SK Machang Bubok telah berubah lokasi dari Blok Perdana ke Blok Wawasan bermula tahun 2012.Ini bermakna baru 4 bulan PSS ini beroperasi sepenuhnya.Sungguhpun begitu, operasi mengangkat dan memindahkan buku dan peralatan bermula seawal Januari 2012.Gotong-royong di kalangan guru telah diadakan di samping bantuan daripada beberapa anggota polis Balai Polis Machang Bubok.Sementara itu, segala peralatan yang ringan pula dibantu oleh murid-murid Tahap 2 SKMB.Sejak beberapa tahun dahulu, PSS telah diuruskan oleh GPM Pn. FAdzilah bt Shafie.Namun atas sebab-sebab peribadi , beliau telah berpindah ke sekolah baru.Kini bilik PSS telah diambil alih oleh Pn. Zamzulaila Omar atas lantikan sekolah.

Proses memindahkan barang dan peralatan mengambil masa hampir dua minggu memandangkan banyak peralatan dan buku yang perlu dipindahkan.Selain itu, bilik PSS yang baru pula perlu dibaik pulih dan dicat semula bagi menceriakan lagi PSS.Bilik PSS yang baru ini sebenarnya adalah bilik guru yang lama.Setelah bangunan baru siap, bilik guru telah berpindah ke bangunan baru.Manakala PSS pula berpindah ke bilik guru lama.Ini disebabkan bilik PSS yang lama adalah sangat sempit dan tidak memberi suasana yang kondusif kepada murid.Walau bagaimanapun bilik PSS ini telah  20 tahun beroperasi dan tidak lagi mampu menampung bilangan murid yang semakin ramai. 

Untuk rekod, sebanyak RM 250.00 telah diperuntukkan untuk pembelian cat dan peralatan mengecat serta RM 200.00 pula adalah upah mengecat dan mengangkat 30 buah meja guru , almari, rak , tv, peti sejuk dan sebagainya yang terdapat di dalam bilik guru.Sebanyak RM 300.00 lagi digunakan untuk menceriakan suasana PSS. Manakala RM 100.00 pula digunakan untuk meng upgrade sistem automasi e Pustakawan.Seramai 4 orang warga Nepal telah dibayar upah untuk melaksanakan tugas ini.Keadaan ini terjadi kerana hanya terdapat seramai 5 orang guru lelaki di sekolah ini dan selebihnya adalah guru wanita.Atas faktor kesuntukan masa juga menyebabkan GPM terpaksa menggunakan khidmat dan bantuan warga luar.Kesemua peralatan ini diangkat dan dipindahkan ke kawasan kantin yang lama.Selain itu, bilik tayangan juga telah dibersihkan memandangkan bilik tayangan ini pada asalnya adalah bilik pentadbiran GPK 1, GPK HEM dan GPK KO Ku.

Berikut adalah gambar PSS lama yang dirakam.

















Berikut pula gambar  proses menyediakan bilik PSS yang baru.


Teacher Vicky dan cikgu Mohamad bertungkus- lumus mengangkat rak besi.


Cikgu Asmadi , En. Maszahar dan Ustazah Suraya Mokhtar mengangkat meja.



Cikgu Safinar menyusun CD ke rak .


Cikgu Tengku Azizah mengelap habuk di rak TV.


Suasana bilik PSS baru yang dalam proses penambah baikan.


Kaunter sirkulasi yang seadanya....masih menunggu pihak JPN menghantar kaunter yang lebih efektif dan kondusif.


Rak buku yang masih dalam proses penyusunan.



Rak kayu yang berusia puluhan tahun dan masih elok digunakan.



Sampah yang banyak........ dikeluarkan dari bilik guru lama..



GPM SKMB sedang membuat pengelasan bahan yang masih boleh digunakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang
 terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong.Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi baik anda.Semoga anak didik kita terus berjaya di persada antarabangsa.


GPM SKMB:
PN. ZAMZULAILA OMAR