Sabtu, 5 Mei 2012

PSS lama berubah lokasi

PSS SK Machang Bubok telah berubah lokasi dari Blok Perdana ke Blok Wawasan bermula tahun 2012.Ini bermakna baru 4 bulan PSS ini beroperasi sepenuhnya.Sungguhpun begitu, operasi mengangkat dan memindahkan buku dan peralatan bermula seawal Januari 2012.Gotong-royong di kalangan guru telah diadakan di samping bantuan daripada beberapa anggota polis Balai Polis Machang Bubok.Sementara itu, segala peralatan yang ringan pula dibantu oleh murid-murid Tahap 2 SKMB.Sejak beberapa tahun dahulu, PSS telah diuruskan oleh GPM Pn. FAdzilah bt Shafie.Namun atas sebab-sebab peribadi , beliau telah berpindah ke sekolah baru.Kini bilik PSS telah diambil alih oleh Pn. Zamzulaila Omar atas lantikan sekolah.

Proses memindahkan barang dan peralatan mengambil masa hampir dua minggu memandangkan banyak peralatan dan buku yang perlu dipindahkan.Selain itu, bilik PSS yang baru pula perlu dibaik pulih dan dicat semula bagi menceriakan lagi PSS.Bilik PSS yang baru ini sebenarnya adalah bilik guru yang lama.Setelah bangunan baru siap, bilik guru telah berpindah ke bangunan baru.Manakala PSS pula berpindah ke bilik guru lama.Ini disebabkan bilik PSS yang lama adalah sangat sempit dan tidak memberi suasana yang kondusif kepada murid.Walau bagaimanapun bilik PSS ini telah  20 tahun beroperasi dan tidak lagi mampu menampung bilangan murid yang semakin ramai. 

Untuk rekod, sebanyak RM 250.00 telah diperuntukkan untuk pembelian cat dan peralatan mengecat serta RM 200.00 pula adalah upah mengecat dan mengangkat 30 buah meja guru , almari, rak , tv, peti sejuk dan sebagainya yang terdapat di dalam bilik guru.Sebanyak RM 300.00 lagi digunakan untuk menceriakan suasana PSS. Manakala RM 100.00 pula digunakan untuk meng upgrade sistem automasi e Pustakawan.Seramai 4 orang warga Nepal telah dibayar upah untuk melaksanakan tugas ini.Keadaan ini terjadi kerana hanya terdapat seramai 5 orang guru lelaki di sekolah ini dan selebihnya adalah guru wanita.Atas faktor kesuntukan masa juga menyebabkan GPM terpaksa menggunakan khidmat dan bantuan warga luar.Kesemua peralatan ini diangkat dan dipindahkan ke kawasan kantin yang lama.Selain itu, bilik tayangan juga telah dibersihkan memandangkan bilik tayangan ini pada asalnya adalah bilik pentadbiran GPK 1, GPK HEM dan GPK KO Ku.

Berikut adalah gambar PSS lama yang dirakam.

















Berikut pula gambar  proses menyediakan bilik PSS yang baru.


Teacher Vicky dan cikgu Mohamad bertungkus- lumus mengangkat rak besi.


Cikgu Asmadi , En. Maszahar dan Ustazah Suraya Mokhtar mengangkat meja.



Cikgu Safinar menyusun CD ke rak .


Cikgu Tengku Azizah mengelap habuk di rak TV.


Suasana bilik PSS baru yang dalam proses penambah baikan.


Kaunter sirkulasi yang seadanya....masih menunggu pihak JPN menghantar kaunter yang lebih efektif dan kondusif.


Rak buku yang masih dalam proses penyusunan.



Rak kayu yang berusia puluhan tahun dan masih elok digunakan.



Sampah yang banyak........ dikeluarkan dari bilik guru lama..



GPM SKMB sedang membuat pengelasan bahan yang masih boleh digunakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang
 terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong.Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi baik anda.Semoga anak didik kita terus berjaya di persada antarabangsa.


GPM SKMB:
PN. ZAMZULAILA OMAR


Tiada ulasan: