Ahad, 22 April 2012

JADUAL BERTUGAS PENGAWAS



SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG BUBOK
14020 MACHANG BUBOK


JADUAL BERTUGAS PENGAWAS
PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012

MASA BERTUGAS:  7.20 -7.40 PAGI
BIDANG TUGAS :  KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN BILIK PSS


HARI

PENGAWAS YANG BERTUGAS



ISNIN

MOHD. ZAFRI B. LUZAAI   (KETUA)                    ( 6  Bestari)
AZIRA BT JAAFAR                                                     ( 5  Bestari)
MIMY FATIN ALIYA BT M. TERMIZI                    ( 6  Bijak)
NURUL FATIHAH BT. ZAINAL                              ( 6  Bestari)
MUHD. IRFAN B. AHMAD KAMAL                         ( 5 Bestari)
FATIN NABILAH BT ZAINOL                                  (3 Bestari)


SELASA



 NUR ADLIN SYAHMI BT  AZHAR (KETUA)        (6  Bestari)
NURUL ASYIKIN BT ABDULLAH                           (6 Bestari)
NUR SYAZWANI BT M. FUAD                                 (5  Bestari)
NUR SYAFIQAH BT M. NORHIZAN                       (4  Bestari)
NURUL AIN BT AZMI                                                (3 Bestari)
NUR INTAN MAISARA BT HJ HASSAN                   (3 Bijak)


RABU

MUHD. HASRIL ADHA B. HASSAN (KETUA)        (6  Bestari)
NUR ANIS IZWANI BT AZMAN                              (5  Bestari)
MUHD FAIZ IZWAN B. ROSLAN                            (4  Bestari)
RUSYDAN B. MOHD. NASIB                                    (5  Bestari)
SITI NOOR AISYAH KAMARUDIN                           (5 Bestari)
NUR ALIA BT MOHD SAAD                                       (3 Bijak)



KHAMIS

NUR ASMAH BT. SHARIFF  (KETUA)                     (6  Bestari)
MIRA EDORA BT MOHD KHAIRI                           (4  Bestari)
MUHD ASRIZAL B. ADNAN                                     (4  Bestari)
NURUL AIDA SHAMIRA BT MAT RASID                (3 Bestari)
NURUL AIN HANANI   BT ABD HALIM                 (3 Bestari)

Jumaat, 20 April 2012

KEM JATI DIRI DI D'OMLAND

KEM    KEPIMPINAN JATI DIRI
PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS
TARIKH : 24,25,26 FEBRUARI 2012
TEMPAT: D’OMLAND TIKAM BATU , SG PETANI, KEDAH.
ANJURAN : SK MACHANG BUBOK, BM.

































1   OBJEKTIF PROGRAM
  1.  
    1. Mengeratkan ukhuwah antara pelajar yang menyertai kem jati diri.
    2. Melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan untuk memimpin pada masa hadapan.
    3. Meningkatkan tahap keberanian dan jati diri dalam menempuh segala cabaran pada masa hadapan.
    4. Mendedahkan pengetahuan kepada pelajar tentang cabaran yang akan dihadapi kelak. 
    5. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
    6. Menghayati keindahan alam sekitar dan dan fungsinya terhadap kehidupan manusia.
  PESERTA
            Terdapat 50 orang peserta yang merupakan pengawas sekolah,pengawas Pusat Sumber dan juga Ketua Kelas serta  Penolong Ketua Kelas.Selain itu,guru-guru yang menyertai Kem Kepimpinan Jati Diri ini ialah Yang Berusaha Pn. Guru Besar dan guru-guru pengiring  serta seorang wakil AJK PIBG sekolah.
            a. Yang Berusaha Pn. Miskiah bt Abd Aziz (Guru Besar SKMB)
            b. Pn. Zalina bt Saad (HEM SKMB)
            c. Pn. Normadiah bt .Hussain ( Unit Disiplin Pengawas Sekolah)
            d. Pn. Zamzulaila bt Omar ( Unit Pengawas Pusat Sumber)
            e. Pn.Hasanah bt CM Mokhtar
            f. Pn. Tengku Azizah bt Ku Ismail
            g. En. Mazlan b. Maulana
            h. En. Asmadi bt Majid
            i. Pn. Salinah (ajk PIBG SKMB)


  TEMPAT
            Sepanjang aktiviti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dilaksanakan di sekitar Kem Kepimpinan D’Omland  kawasan Paya Bakau Tikam Batu Sg. Petani , Kedah.     


RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM

Kem Kepimpinan Jati Diri yang berlangsung selama 3 hari dua malam telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kesemua pelajar- pelajar  berpuas hati dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Kem ini berjaya memenuhi dan merealisasikan objektif program yang telah digariskan. Aktiviti ‘flying fox’ pada hari kedua, menguji kredibiliti kepimpinan dan keberanian pelajar. Semangat kerjasama setiap  kumpulan untuk menjaga dan memastikan ahli kumpulan mereka berjaya meredah hutan paya bakau yang penuh dengan onak dan duri dan air lumpur yang busuk serta dalam mengasah lagi sikap kepimpinan dan disiplin pelajar. Aktiviti ini mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran yang akan dihadapi dan tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinyaAktiviti ‘Ikhtiar Hidup' di Hutan Kelapa Sawit bukan sahaja memberi pengetahuan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan untuk dijadikan makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan dan sebagainya, namun aktiviti ini juga telah mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar.
Ucapan jutaan terima kasih kepada Kem kepimpinan D’Omland kerana sudi bekerjasama dengan  SKMB menjalankan aktiviti di sana. Kerjasama yang diberikan  amat dihargai. Tidak dilupakan juga jasa pengiring-pengiring, ajk PIBG dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Tanpa komitmen dan kerjasama dari semua pihak, kem ini tidak akan dapat berjalan seperti yang dirancangkan.
Adalah diharapkan segala pengalaman dan memori yang telah diperolehi akan dapat dimanfaatkan dalam membentuk jati diri pelajar dan menjadi pelapis kepada kepimpinan serta menjadi pelajar yang berintelektual, berparadigma dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Watikah Perlantkan Pengawas , Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SKMB




Kelihatan bapa angkat sekolah SKMB Kopral Zainal  b. Rejab dari Balai Polis Machang Bubok BM menyampaikan watikah. Terima kasih Tuan .

Yang bertudung unggu adalah Guru Besar SKMB.





Khamis, 19 April 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 di SKMB

Video Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-54 ini  merupakan  ihsan nukilan  : 
YDP PIBG SKMB  En. Mohd Puzi b. Awang.

Rabu, 18 April 2012

Sejarah SKMB




SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG BUBOK

  • Berdasarkan cerita lisan. Sekolah ini telah diasaskan dalam tahun 1912. Penduduk kampung dengan semangat bergotong-royong telah mendirikan sebuah sekolah di kawasan berbukit di Jalan Gajah Mati. Iaitu lebih kurang 2 kilometer daripada tapak sekolah sekarang.
  • Sekolah asal ini berbumbungkan atap, berdindingkan pelupuh dan berlantaikan papan. Ini terbukti berdasarkan kesan tangga batu yang masih ada hingga ke hari ini. Seramai 15 orang murid lelaki yang belajar bersama dengan 3 orang guru sukarela yang mengajar ketika itu.Sekitar tahun 20an, sekolah ini telah dipindahkan ke suatu kawasan tanah rata berhampiran dengan Sungai Kulim yang tidak jauh daripada sekolah asal. Bangunannya tetap sama dengan bangunan lama tetapi lantainya diperbuat daripada simen. Ketika ini bangku panjang dan meja telah digunakan. Pada masa ini juga telah terdapat murid perempuan yang belajar di sekolah ini.
  • Pada sekitar tahun 30an, sekali lagi sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan sekolah sekarang iaitu berhampiran dengan jalanraya. Bangunan dan strukturnya sama dengan bangunan kedua.
  • Kira-kira dalam tahun 1942, sebuah bangunan bertiang konkrit telah dibina dengan bumbungnya daripada genting dan mempunyai kerangka kayu yang kukuh. Ianya kekal hingga hari ini. Pada masa ini beberapa orang guru berpengalaman telah ditempatkan di sekolah ini. Sekolah ini telah menghasilkan cerdik pandai Melayu yang boleh menjadi guru.
  • Tahun 1964 sebuah bangunan baru dua tingkat telah didirikan berhampiran denga bangunan lama. Bangunan ini dilengkapi dengan 4 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru besar dan tandas. Dengan adanya bangunan baru ini sekolah dapat beroperasi dengan lebih selesa.
  • Tahun 1986/1987 sebuah lagi bangunan baru dua tingkat dibina bersebelahan bangunan yang sedia ada. Ini menjadikan 3 buah bangunan semuanya. Bangunan baru menempatkan 5 buah bilik darjah, perpustakaan, surau, bilik sumber, 2 buah setor dan tandas.
  • Sehingga tahun 1994, sekolah ini telah dapat menampung seramai 363 orang murid dengan 20 orang guru dan 5 orang kakitangan bukan guru. Tahun 2007 murid sekolah ini telah meningkat kepada lebih  400  orang dengan 13 buah kelas. Sekolah ini telah tidak dapat menampung keperluan semasa kecuali ada pertambahan bangunan kelas.
  • Pada tahun 2008 dua buah bangunan baru setinggi 4 tingkat telah dibina bagi menampung keperluan murid yang semakin ramai.Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 2011.Murid berada dalam satu sesi sepenuhnya pada tahun 2012.