KEM KEPIMPINAN JATI DIRI
PENGAWAS
SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS
TARIKH
: 24,25,26 FEBRUARI 2012
TEMPAT:
D’OMLAND TIKAM BATU , SG PETANI, KEDAH.
ANJURAN
: SK MACHANG BUBOK, BM.
1 OBJEKTIF PROGRAM
- Mengeratkan ukhuwah antara pelajar yang menyertai kem jati diri.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan untuk memimpin
pada masa hadapan.
- Meningkatkan tahap keberanian dan jati diri dalam menempuh segala
cabaran pada masa hadapan.
- Mendedahkan pengetahuan kepada pelajar tentang cabaran yang akan
dihadapi kelak.
- Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
- Menghayati keindahan alam sekitar dan dan fungsinya terhadap kehidupan manusia.
PESERTA
Terdapat 50 orang peserta yang
merupakan pengawas sekolah,pengawas Pusat Sumber dan juga Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas.Selain itu,guru-guru yang
menyertai Kem Kepimpinan Jati Diri ini ialah Yang Berusaha Pn. Guru Besar dan
guru-guru pengiring serta seorang wakil
AJK PIBG sekolah.
a.
Yang Berusaha Pn. Miskiah bt Abd Aziz (Guru Besar SKMB)
b.
Pn. Zalina bt Saad (HEM SKMB)
c.
Pn. Normadiah bt .Hussain ( Unit Disiplin Pengawas Sekolah)
d.
Pn. Zamzulaila bt Omar ( Unit Pengawas Pusat Sumber)
e.
Pn.Hasanah bt CM Mokhtar
f.
Pn. Tengku Azizah bt Ku Ismail
g.
En. Mazlan b. Maulana
h.
En. Asmadi bt Majid
i. Pn. Salinah (ajk PIBG SKMB)
TEMPAT
Sepanjang
aktiviti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dilaksanakan di sekitar Kem
Kepimpinan D’Omland kawasan Paya Bakau
Tikam Batu Sg. Petani , Kedah.
RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM
Kem Kepimpinan
Jati Diri yang berlangsung selama 3 hari dua malam telah berjaya dilaksanakan
dengan jayanya. Kesemua pelajar- pelajar
berpuas hati dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Kem
ini berjaya memenuhi dan merealisasikan objektif program yang telah digariskan.
Aktiviti ‘flying fox’ pada hari kedua, menguji kredibiliti kepimpinan dan
keberanian pelajar. Semangat kerjasama setiap
kumpulan untuk menjaga dan memastikan ahli kumpulan mereka berjaya
meredah hutan paya bakau yang penuh dengan onak dan duri dan air lumpur yang
busuk serta dalam mengasah lagi sikap kepimpinan dan disiplin pelajar. Aktiviti
ini mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran yang akan dihadapi dan
tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinyaAktiviti ‘Ikhtiar Hidup' di Hutan
Kelapa Sawit bukan sahaja memberi pengetahuan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan
sebagai bahan untuk dijadikan makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan dan
sebagainya, namun aktiviti ini juga telah mengeratkan ukhuwah antara
pelajar-pelajar.
Ucapan jutaan
terima kasih kepada Kem kepimpinan D’Omland kerana sudi bekerjasama dengan SKMB menjalankan aktiviti di sana. Kerjasama
yang diberikan amat dihargai. Tidak
dilupakan juga jasa pengiring-pengiring, ajk PIBG dan pihak yang terlibat dalam
menjayakan kem ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Tanpa
komitmen dan kerjasama dari semua pihak, kem ini tidak akan dapat berjalan
seperti yang dirancangkan.
Adalah
diharapkan segala pengalaman dan memori yang telah diperolehi akan dapat
dimanfaatkan dalam membentuk jati diri pelajar dan menjadi pelapis kepada kepimpinan
serta menjadi pelajar yang berintelektual, berparadigma dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan